Cari:
EU Tidak Sokong Langkah Langgar Peraturan WTO
2018-04-05 11:32:29 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) tidak menyokong sebarang langkah yang melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Suruhanjaya Eropah, Daniel Rosario dalam sidang akhbar semalam, ketika mengulas senarai produk China yang akan dikenakan tarif tambahan oleh AS berdasarkan "siasatan 301" negara itu.

Beliau menegaskan bahawa apa jua langkah yang diambil perlu dilaksanakan dalam rangka WTO, yang telah pun menyediakan pelbagai cara untuk menyelesaikan pergeseran perdagangan.

Rosario turut menyeru pihak-pihak berkenaan memastikan amalan sendiri selaras dengan peraturan WTO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China