Cari:
Turki, Rusia, Iran Capai Konsensus Isu Syria
2018-04-05 12:43:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Turki, Rusia dan Iran telah mencapai pelbagai konsensus berhubung penyelesaian isu Syria melalui saluran politik dalam mesyuarat tertutup yang telah diadakan di Ankara, ibu kota Turki pada 4 April lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Iran, Hassan Rouhani menghadiri mesyuarat itu.

Ketiga-tiga negara dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut berkata, rundingan adalah satu-satunya jalan penyelesaian yang efisien bagi isu Syria. Krisis di Syria mustahil diselesaikan melalui tindakan kekerasan.

Ketiga-tiga negara membantah kelakuan yang mencetuskan pemisahan dalaman Syria dengan dalih memerangi keganasan.

Tegas pemimpin ketiga-tiga negara, mereka akan berusaha menggalakkan gencatan senjata dicapai antara pelbagai pihak berkonflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China