Presiden China, Xi Jinping pernah mengatakan bahawa bangsa yang penuh harapan tidak dapat lahir tanpa pahlawan, dan nusa yang cerah masa depannya tidak dapat wujud tanpa perintis.
Pada pagi 7 Julai 2014, Presiden Xi bersama-sama pemimpin parti dan negara menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-77 kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun di Beijing, dengan diiringi lebih seribu wakil pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam ucapan tahun baharu 2015, Presiden Xi menyatakan bahawa kerajaan China telah mewartakan tarikh-tarikh penting dalam sejarah negara.
Ini termasuk Hari Memperingati Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Hari Pahlawan dan Hari Perkabungan Negara sebagai penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing semasa Perang Dunia Kedua.
Pelbagai aktiviti telah diadakan secara besar-besaran di seluruh negara.
Mereka yang bertumpah darah hingga mengorbankan jiwa dan raga demi nusa, bangsa dan kedamaian, tidak boleh dibiarkan pudar daripada ingatan walau apa jua perubahan dibawa zaman.
Sempena Hari Cembeng yang jatuh pada hari ini, rakyat China menghidupkan semula kata-kata Presiden Xi tersebut, dan bersama-sama mengenang kembali sejarah serta jasa para pahlawan dan veteran.