Cari:
Duta China Gesa AS Henti Siasatan 301
2018-04-05 12:28:22 CRI Cetak

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Cui Tiankai telah menemui pemangku Setiausaha Negara AS, John J. Sullivan di Washington semalam.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala.

Cui Tiankai menegaskan semula pendirian China dalam isu ekonomi dan perdagangan dengan AS, di samping menggesa negara itu menghentikan tindakan sepihak dan amalan berbaur perlindungan perdagangan dengan secepat mungkin.

AS turut digesa menghentikan "siasatan 301" dan menyelesaikan pergeseran berkenaan melalui dialog.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu yang menjadi tumpuan bersama termasuk situasi semasa Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China