China tidak mahu melihat perang perdagangan tercetus, namun tidak takut berdepan kemungkinan itu. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang hari ini ketika diminta mengulas hal berkenaan.
Tegas beliau, konflik ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara kali ini dicetuskan secara sepihak oleh AS. Tindakan AS yang berbaur perlindungan perdagangan itu satu bentuk provokasi terhadap sistem perdagangan multilateral di seluruh dunia.
Dalam pada itu, China akan terus melindungi sistem perdagangan multilateral dengan memperluas pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.