Cari:
AS, China Diseru Selesai Pergeseran Melalui Dialog
2018-04-06 13:52:06 CRI Cetak

Sebilangan syarikat besar dan pertubuhan perniagaan di Amerika Syarikat (AS) menyeru agar kerajaan AS dan China menyelesaikan isu perdagangan melalui dialog.

Presiden Persatuan Kacang Soya AS, John Heisdorffer dalam kenyataannya kelmarin, meminta kerajaan Trump menyelesaikan pertikaian melibatkan harta intelek dan perdagangan dengan China secara konstruktif dan bukannya bergantung pada langkah punitif, bagi mengelakkan kepentingan petani kacang soya tempatan terjejas teruk.

General Motors (GM) menyatakan sokongan terhadap hubungan perdagangan yang positif antara AS dengan China, di samping menggesa kerajaan kedua-dua negara terus berdialog dan melaksanakan dasar perdagangan yang mampan.

Syarikat Ford yang menganggap wujudnya kesalingbergantungan antara pasaran automotif AS dan China, menggalakkan kedua-dua negara berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan pergeseran antara dua entiti ekonomi terbesar di dunia ini.

Boeing pula mahu terus berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan kerajaan kedua-dua negara. Menurutnya, industri penerbangan yang kuat dan dinamik amat penting bagi kemakmuran ekonomi dan keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China