Cari:
PBB Sokong Mekanisme Globalisasi dan Multilateral
2018-04-06 16:03:19 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menegaskan bahawa amalan perlindungan tidak boleh dijadikan jalan keluar, di samping menyatakan sokongan terhadap globalisasi dan mekanisme perdagangan multilateral.

Guterres mengatakan demikian ketika menyentuh pergeseran antara China dengan Amerika Syarikat (AS), menyebut bahawa konflik sebegitu akan menjejaskan kedua-dua pihak bahkan pertumbuhan ekonomi dunia, dan perlu diselesaikan melalui dialog.

Kata beliau, globalisasi membawa limpahan manfaat, misalnya menjana pertumbuhan ekonomi dan perdagangan, mengurangkan kemiskinan, meningkatkan jangka hayat per kapita rakyat, dan menambah jumlah keluarga berpendapatan sederhana.

Beliau bagaimanapun menyatakan pada masa yang sama, ketaksamaan dan ketidakseimbangan masih wujud.

Berdepan dengan pelbagai cabaran yang didatangkan arus globalisasi, semua pihak berkenaan diharap terus maju ke hadapan untuk mengatasi kesukaran tersebut.

Guterres bakal menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao 2018 di provinsi Hainan, China.

Beliau berkata, pencapaian yang dilakar China sepanjang 40 tahun dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka membuktikan negara ini pengamal globalisasi ekonomi yang berjaya. Pembangunan ekonomi China memainkan peranan positif untuk menggalakkan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China