Cari:
China, Rusia Ikrar Intensif Perkongsian Strategik Komprehensif
2018-04-06 11:28:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Rusia, Valdimir Putin ditemui Menteri Luar China, Wang Yi sebagai wakil khas Presiden Xi Jinping di Istana Kremlin, Moscow pada 5 April lalu.

Wang Yi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa sebagai dua rakan kongsi strategik komprehensif yang rapat, hubungan China dan Rusia telah melonjak ke tahap baharu berdasarkan kesalingpercayaan politik yang semakin kukuh.

Presiden Xi akan menyambut kedatangan Presiden Putin yang diundang untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Qingdao sambil membuat lawatan rasmi ke Beijing pada bulan Jun depan.

Kedua-dua negara sedang menjalankan penyelarasan dan persiapan untuk memastikan pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara dapat diadakan dengan lancar.

Dalam pada itu, Putin berkata, beliau amat menanti-nantikan sidang kemuncak dan pertemuan dua hala dengan Presiden Xi yang bakal diadakan nanti. Pihaknya juga akan terus merapatkan pertukaran dan komunikasi dengan Presiden Xi, dengan mengambil pelbagai kesempatan dalam mesyuarat multilateral atau bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China