Menurut kenyataan Cheong Wa Dae, butiran terperinci mesyuarat tidak akan didedahkan sebelum keputusan berkenaan dimuktamadkan.
Lapor media Korea Selatan, dalam mesyuarat selama lebih empat jam itu, kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan berhubung kerja persiapan termasuk majlis menyambut, pengawal keselamatan dan liputan media.
Pada hari yang sama, kedua-dua pihak juga telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan mesyuarat kali kedua, namun tarikhnya masih dalam perbincangan.