Cari:
China Tetap Galak Semenanjung Korea Bebas Senjata Nuklear
2018-04-06 13:13:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Rusia bukan sahaja merupakan negara jiran bagi Semenanjung Korea, malah juga anggota rundingan enam pihak isu nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Kedamaian di semenanjung itu berkait rapat dengan kepentingan China dan Rusia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi sebagai Utusan Khas Presiden Xi Jinping dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Valdimir Putin di Istana Kremlin, Moscow pada 5 April lalu.

Kata beliau, kedua-dua negara sentiasa berusaha untuk menggalakkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, dan menggariskan hala tuju yang dapat dilaksanakan dalam proses tersebut.

Wang menegaskan bahawa Mekanisme Damai di Semenanjung Korea yang dilaksanakan dalam "Pendekatan Dwitrek" patutlah dibentuk sebagai respons kepada keprihatian DPRK terhadap situasi keselamatan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China