Cari:
AS Terus Naik Tarif, China Pasti Ambil Langkah Baharu
2018-04-06 15:50:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan memberi respons sekeras-kerasnya kepada Amerika Syarikat (AS) yang merancang mengenakan lagi tarif tambahan terhadap produk keluaran China yang bernilai USD100 bilion (RM387 bilion).

Memetik Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng di Beijing petang tadi, China akan mengambil lagi langkah-langkah komprehensif untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyat.

Gao berkata, konflik ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara kali ini dicetuskan secara sepihak oleh AS. Tindakan AS yang berbaur perlindungan perdagangan itu satu bentuk provokasi terhadap sistem perdagangan multilateral di seluruh dunia.

Dalam pada itu, China akan terus melindungi sistem perdagangan multilateral dengan memperluas pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China