Cari:
China Fail Dakwaan ke WTO
2018-04-06 11:32:01 CRI Cetak

China semalam membuat permohonan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menggerakkan mekanisme penyelesaian melalui rundingan, agar pergeseran dengan Amerika Syarikat (AS) dapat diselesaikan dalam rangka WTO.

Permohonan itu dibuat susulan tindakan Washington mengenakan tarif tambahan terhadap produk keluli dan aluminium yang diimport.

Sehubungan itu, pegawai Bahagian Konvensyen dan Undang-undang, Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa tindakan AS itu satu bentuk amalan perlindungan perdagangan yang dibuat dengan dalih melindungi 'keselamatan negara'.

AS telah memberi pengecualian kepada beberapa negara dan kawasan, tidak termasuk China dan sebilangan anggota lain WTO.

Tindakan itu adalah satu pencabulan berat terhadap prinsip bebas diskrimasi sistem perdagangan multilateral, malah membelakangi komitmen AS sendiri berkaitan tarif dan peraturan WTO.

AS yang berdegil mengambil tindakan sepihak sebegitu, menjejaskan hak dan kepentingan China selaku anggota WTO.

Kata pegawai itu lagi, China terpaksa bertindak melindungi hak dan kepentingannya selepas AS enggan duduk berunding mengikut peraturan WTO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China