Cari:
Pelaburan Tenaga Boleh Baharu China Terdepan
2018-04-06 14:26:31 CRI Cetak

Laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) menunjukkan bahawa setakat tahun lepas, jumlah pelaburan sejagat terhadap sektor tenaga boleh baharu mencecah USD200 bilion (RM774 bilion) untuk tahun kelapan berturut-turut.

Antaranya, pelaburan China yang paling banyak, iaitu USD126.6 bilion (RM490 bilion), meningkat 31% berbanding tahun sebelumnya.

Pertambahan pesat pelaburan sektor tenaga suria sepanjang tahun lalu juga dijana melalui sumbangan China.

Menurut laporan itu, jumlah peningkatan kapasiti terpasang tenaga suria seluruh dunia mencatat 98 gigawatt, jauh melebihi peningkatan kapasiti penjanaan dengan sumber boleh baharu lain serta petrokimia dan nuklear.

Antaranya, peningkatan di China mencatat 53 gigawatt, iaitu lebih separuh angka tersebut. Jumlah pelaburan pula naik 58% dengan mencatat USD86.5 bilion (RM335 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China