Cari:
China Bertindak Balas Tanpa Ragu-ragu
2018-04-06 22:54:33 CRI Cetak

China akan segera bertindak balas tanpa ragu-ragu jika Amerika Syarikat (AS) mengumumkan lagi senarai produk keluaran China yang bernilai USD100 bilion (RM387 bilion) yang akan dikenakan tarif tambahan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng hari ini di Beijing menyatakan bahawa tindakan AS yang sama sekali tidak berasas itu dilihat salah menilai situasi, dan akibatnya seumpama menyeret leher diri sendiri. China sudah membuat persiapan dengan sepenuhnya.

Menurut Gao Feng, hakikat pergeseran yang disebut sebagai perang perdagangan adalah perjuangan antara amalan unilateralisme dengan multilateral, serta perlindungan perdagangan dengan kebebasan perdagangan. Jika amalan multilateral dan perdagangan bebas menghadapi ancaman, proses globalisasi ekonomi akan terjejas bahkan pemulihan ekonomi sejagat akan dikenakan tamparan. China semestinya akan memilih berjuang dengan tegas apabila berdepan masalah yang begitu serius.

Gao Feng juga telah menafikan perkataan pegawai kanan AS mengenai kedua-dua negara sedang menjalankan rundingan berkenaan. Menurut beliau, pegawai ekonomi dan kewangan kedua-dua pihak tidak pernah menjalankan sebarang rundingan mengenai isu ekonomi dan perdagangan baru-baru ini.

Gao Feng menegaskan bahawa China sudah siap sedia untuk mengatasi pengaruh negatif akibat tindakan AS yang menjadikan situasi semakin serius, dan menetapkan langkah-langkah yang lebih konkrit. Orang China tidak mahu mencetuskan masalah. Jika ada orang berdegil berbuat sedemikian, China pasti akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China