Cari:
AS Bergembar-gembur, Dilihat Jeret Leher Sendiri
2018-04-07 15:56:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Amerika Syarikat (AS) dilihat menjeret leher sendiri, iaitu kepentingan negaranya pasti akan terjejas berikutan tindakan kerajaannya yang berbaur perlindungan perdagangan yang terus mengenakan tarif tambahan ke atas produk-produk keluaran China.

Demikian pandangan sebulat suara yang disampaikan oleh beberapa pakar kewangan China dalam simposium khas berhubung situasi perdagangan bilateral China dengan AS yang dianjurkan oleh Universiti Renmin China (RUC) di Beijing pada 6 April lalu.

Wang Xiaosong, profesor Kolej Ekonomi RUC beranggapan, ketergantungan produk-produk keluaran AS termasuk pesawat dan kacang soya terhadap pasaran China amat tinggi pada masa ini. AS perlu bersungguh-sungguh mempertimbangkan impak negatif yang dicetuskan jika perang perdagangan kedua-dua negara benar-benar berlaku. China sama sekali tidak takut kerana negara ini mempunyai keupayaan kewangan untuk menghadapi perang perdagangan dengan AS.

Li Chunxiang, penolong penyelidik Institut Pengajian Ekonomi dan Politik Sedunia Akademi Sains Sosial China (CASS) berpendapat, tindakan kerajaan China untuk memberi tindakan balas terhadap AS adalah amat diperlukan. Tindakan AS yang bergembar-gembur susah memberi ancaman kepada China kerana negara ini berkeupayaan untuk menahan kesan-kesan yang mungkin akan diundang akibat perang perdagangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China