Jurucakap Kemenerian Luar China, Lu Kang semalam menyatakan bahawa nampaknya Amerika Syarikat (AS) salah menilai situasi dan turut mengambil tindakan yang serba salah. Tindakan AS itu pasti akan menjejaskan kepentingan sendiri. China sudah membuat persiapan dengan sepenuhnya. Sekiranya AS mengumumkan lagi senarai produk keluaran China yang bernilai USD100 bilion (RM387 bilion) yang akan dikenakan tarif tambahan, China akan segera bertindak balas tanpa ragu-ragu. AS diingati jangan menganggap China hanya cakap besar atau janji kosong sahaja.
Lu Kang berkata, pergeseran yang disifatkan sebagai perang perdagangan ini sebenarnya adalah pergeseran antara AS yang menjunjung amalan unilateralisme dengan amalan multilateral, serta yang antara perlindungan perdagangan dengan kebebasan perdagangan. Jika amalan multilateral dan perdagangan bebas menghadapi ancaman, proses globalisasi ekonomi akan terjejas bahkan pemulihan ekonomi sejagat akan dikenakan tamparan. Kepentingan China, bahkan kepentingan bersama seluruh dunia, akan terjejas. China semestinya akan memilih berjuang dengan tegas apabila berdepan masalah yang begitu serius.
Menurut Lu, Kementerian Perdagangan Cnina telah menyatakan dengan ketara bahawa China sudah siap sedia untuk mengatasi pengaruh negatif akibat tindakan AS yang menjadikan situasi semakin serius dan menetapkan langkah-langkah yang lebih konkrit. Orang China tidak mahu mencetuskan masalah. Jika ada orang berdegil berbuat sedemikian, China pasti akan mengambil tindakan yang sewajarnya.