Cari:
China, EU Bersama Tentang Perlindungan Perdagangan
2018-04-08 14:55:16 CRI Cetak

China dan Kesatuan Eropah (EU) diseru berganding bahu menentang amalan perlindungan perdagangan ketika Amerika Syarikat (AS) berniat menggalasnya sebagai senjata.

Demikian dinyatakan Duta Muda Ekonomi dan Perdagangan Misi China ke EU, Xia Xiang di Brussels semalam.

Kata beliau, China bukanlah satu-satunya mangsa "siasatan 301" AS. EU juga telah berulang kali menjadi sasaran siasatan serupa dalam sejarah.

Dengan latar belakang globalisasi ekonomi, pelbagai sumber penting akan diagih secara optimum di seluruh dunia. Sebagai pengeluar besar, China mengimport bahan mentah, alat ganti dan produk teknologi dari negara maju termasuk EU. Kalangan industri dan perniagaan EU menyatakan bahawa perang perdagangan yang dilancarkan AS kali ini tiada pemenang, dan hanya menjejaskan order perdagangan antarabangsa.

Perbuatan AS itu dikatakan untuk melindungi keselamatan negaranya, tapi sebenarnya disifatkan sebagai amalan perlindungan perdagangan yang melemahkan mekanisme perdagangan multilateral. Sebagai rakan strategik komprehensif, China dan EU seharusnya bersama-sama menentang amalan itu dan melindungi order perdagangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China