Cari:
China, Tonggak Penting Tadbir Urus Global
2018-04-08 14:57:55 CRI Cetak

China melakar prestasi yang cukup cemerlang sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 40 tahun lalu, sehingga membolehkan negara raksasa ini berperanan semakin penting dalam sistem tadbir urus global.

Ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum bertolak ke China untuk menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018. Tambah beliau, "China merupakan tonggak penting dalam tadbir urus global sekarang ini".

Sidang tahunan bertema "Asia yang terbuka dan inovatif, dunia yang makmur" ini memperlihatkan BFA bukan sahaja menumpukan pembangunan Asia, malah sejagat.

Baik dalam pelaksanaan kerjasama Selatan-Selatan, mahupun Agenda Pembangunan Mapan 2030 PBB, China berperanan penting. Inisiatif "Jalur dan Jalan" (B&R) bukan sahaja bererti bagi China, tetapi juga bagi pembangunan dan kerjasama ekonomi seluruh dunia.

Amalan perlindungan perdagangan bukanlah pelan penyelesaian masalah ekonomi sejagat. Isu global hanya dapat diselesaikan dengan pelan global yang dilaksanakan dalam berbilang rangka kerja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China