Cari:
Forum Asia Boao Dirasmikan Minggu Ini
2018-04-08 14:58:08 CRI Cetak

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) akan membuka tirainya minggu ini. Provinsi Hainan sekali lagi menjadi tumpuan dunia. Lima tahun dahulu, Presiden China, Xi Jinping membuat komitmen kepada dunia bahawa China tidak akan berganjak untuk mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Pada 10 April nanti, beliau akan membuat huraian tentang cetak biru dan wawasan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pusingan baharu kepada seluruh dunia.

Soal Jawab BFA: Pintu yang Terbuka Tidak akan Ditutup

Sebanyak 32 orang pemimpin korporat tempatan dan asing telah mengadakan sesi soal jawab dengan Presiden Xi sempena sidang tahunan BFA 2013.

Zein Abdalla, Presiden syarikat PEPSI Amerika Syarikat: kerajaan China diharap terus meningkatkan tahap keterbukaan, dan menggalakkan syarikat asing melabur dalam sektor pertanian, ekonomi mesra alam dan lain-lain.

Dhanin Chearavanont, Pengerusi syarikat CP Thailand: China dicadang memperluas permintaan demestik, menjana industri pertanian dan perkhidmatan, supaya lebih banyak syarikat terlibat dalam sektor berkaitan pertanian, desa dan kaum tani.

……

Xi Jinping dengan penuh yakin menjawab: pintu China yang terbuka tidak akan ditutup.

--China telah menetapkan sasaran "dua seratus tahun" dan wawasan Impian China iaitu mewujudkan kebangkitan semula bangsa China. Usaha untuk merealisasikan sasaran dan impian tersebut pasti akan terus-menerus menyuntik kedinamikan dan momentum baharu kepada ekonomi China.

--Semua syarikat yang berdaftar di Tanah Besar China dianggap komponen penting ekonomi China. Dasar menggunakan modal asing tidak akan berubah dan kerajaan China akan melindungi hak dan kepentingan firma asing di negara ini.

--China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan ekonomi, menentang fahaman perlindungan dalam apa jua bentuk dan bersedia menyelesaikan perselisihan perdagangan dengan negara lian melalui muafakat, supaya membentuk mekanisme ekonomi dan perdagangan pelbagai hala yang seimbang untuk keuntungan bersama.

"Jalur dan Laluan": Merangka Pola Baharu bagi Pintu Terbuka China

Xi Jinping mengemukakan cadangan membina bersama "Jalur Ekonomi Jalan Sutera" 
dalam rangka lawatan ke Kazakhstan Pada September 2013. 

Pada musim gugur 2013, Xi Jinping telah mengemukakan inisiatif membina bersama "Jalur Ekonomi Jalan Sutera" dan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" dengan negara-negara Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Xi Jinping mengemukakan cadangan membina bersama "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21"
dalam rangka lawatan ke Indonesia Pada Oktober 2013.

Xi Jinping: "inisiatif B&R adalah untuk berkongsi peluang pembangunan China dengan dunia dan mewujudkan kemakmuran bersama."

Dalam lima tahun lalu, China telah mengadakan kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 30 buah negara dan menanam modal USD50 bilion di negara-negara terlibat dalam B&R. Sementara itu, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah memberikan pinjaman sebanyak USD1.7 bilion kepada negara-negara terlibat, Tabung Jalan Sutera telah memperuntukkan dana USD4 bilion. Syarikat China telah membina 56 zon kerjasama ekonomi dan perdagangan di lebih 20 buah negara, menawarkan 180 ribu peluang kerja kepada rakyat tempatan, di samping menyumbang USD1.1 bilion pendapatan cukai kepada negara-negara berkenaan.

Pembaharuan dan Pintu Terbuka: Demi Pembangunan Lebih Besar

Pada Disember 1978, keputusan dibuat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat Ke-11 Parti Komunis China bahawa China akan mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. China yang mempunyai sejarah lima ribu tahun akan membuka pintunya kepada dunia luar.

Xi Jinping ketika diwawancara oleh pemberita asing menyatakan bahawa China harus mengambil peluang untuk mewujudkan pembangunan yang lebih besar, dan ini bergantung pada pembaharuan dan pintu terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China