Tiga indeks utama di Bursa Saham New York ditutup 2% lebih rendah Jumaat lalu, susulan panik pelabur dicetus oleh pengumuman kerajaan Amerika Syarikat mempertimbangkan tarif tambahan lagi terhadap produk China bernilai USD100 bilion (RM387 bilion).
Sejak masuk ke Rumah Putih, Presiden Donald Trump telah berkali-kali mengambil langkah yang membawa tempias kepada banyak pihak.
Sebelum ini, Jabatan Perdagangan AS melancarkan "siasatan 232" melibatkan produk keluli dan aluminium yang diimport, di samping meminda perjanjian perdagangan yang sudah dicapai dengan negara-negara sekutu.
"Siasatan 232" itu boleh dikatakan pembuka tirai kepada "siasatan 301" yang menyasarkan China, satu langkah untuk menundukkan strategi "Buatan China 2025".
Tindakan AS itu mustahil dibiarkan tanpa dibalas sewajarnya. Sikap keras China yang tidak panik di depan intimidasi adalah di luar jangkaan gergasi Barat itu.
Strategi terbaik buat AS pada masa ini adalah meningkatkan keefisienan pengeluaran, dan menambah baik mutu perkhidmatan melalui persaingan secara adil.
Malangnya, kerajaan AS telah tersalah jalan dengan memilih mencetuskan pergeseran perdagangan dengan China untuk mengekang pembangunan China dalam bidang sains dan teknologi tinggi. Langkah tidak bijak ini tidak akan berhasil, kerana arus pandang ke Timur dan ke China pusat inovasi dunia tidak akan berubah.