Cari:
Dasar "Membuli" AS Jejas Perjanjian WTO
2018-04-09 13:35:50 CRI Cetak

Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang bersifat "membuli" telah menjejaskan semangat kerjasama.

Menurut rencana yang diterbitkan Agensi Berita Xinhua semalam, tindakan kerajaan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China berdasarkan keputusan "siasatan 301", serta mengancam akan mengambil tindakan yang lebih ketat, ditentang keras oleh China dan dikritik masyarakat antarabangsa.

Tindakan sepihak dan amalan perlindungan perdagangan AS itu melanggar prinsip dan semangat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menjejaskan hasrat kerjasama masyarakat antarabangsa, dan dianggap provokasi terhadap sistem perdagangan multilateral.

Pada era globalisasi ini, negara-negara di dunia bersepakat dengan matlamat menjalin interaksi dan mewujudkan kemakmuran bersama. Dasar "membuli" itu menjejaskan kepentingan rakan dagang bahkan seluruh dunia. AS dinasihat supaya tidak terus tersasar dari jalan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China