Cari:
Syria Nafi Guna Senjata Kimia di Ghouta Timur
2018-04-09 13:37:47 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria menafikan penggunaan senjata kimia di kawasan Ghouta Timur, Damsyik dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak meyakinkan.

Agensi Berita Syria memetik sumber Kementerian Luar Syria bahawa setiap kali tentera kerajaan mencapai kemajuan dalam pertempuran membanteras keganasan, tuduhan serupa itu akan dibangkitkan untuk menghalang misi mereka.

Tentera Syria sebelum ini mendedahkan, menurut maklumat risikan yang diperolehi, kumpulan pemberontak di Ghouta Timur merancang menggunakan senjata kimia dan memfitnahkan tentera kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China