Cari:
Iran: Pulih Program Uranium Jika Perjanjian Tidak Ditepati
2018-04-09 12:51:05 CRI Cetak

Tehran akan memulihkan program pengayaan uranium berketulenan 20% dalam masa empat hari sekiranya negara-negara Barat gagal menepati Perjanjian Nuklear Iran.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Agensi Tenaga Atom Iran, Ali Akbar Salehi ketika diwawancara semalam.

Menurutnya, Iran tidak mahu Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian tersebut, namun sentiasa mempertimbangkan tindakan balas yang wajar diambil sekiranya AS berbuat demikian.

Proses pengayaan uranium gred senjata memerlukan tahap ketulenan lebih 90%, namun dari segi teori, tiada halangan teknikal antara penghasilan uranium berketulenan 20% dengan 90%.

Pada bulan Januari lalu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pelanjutan terakhir untuk tempoh pengecualian sekatan berhubung isu nuklear Iran.

Trump menetapkan 12 Mei sebagai batas waktu bagi pemindaan perjanjian nuklear Iran, dan mengugut bahawa pihaknya akan menarik diri sekiranya pemindaan itu tidak memuaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China