Cari:
Perlindungan Perdagangan Penghalang Pembanguan Ekonomi
2018-04-09 14:38:46 CRI Cetak

Laporan Daya Saing Asia 2018 yang diumumkan Forum Asia Boao (BFA) semalam menyebut bahawa ekonomi di Asia menunjukkan prestasi yang baik hasil pemulihan ekonomi dunia dan pelaksanaan integrasi ekonomi di rantau ini.

Laporan itu turut mengingatkan bahawa perlindungan perdagangan tidak akan menjana pertumbuhan ekonomi, sebaliknya akan menjejaskan kelestarian pembangunan.

Berdasarkan penilaian komprehensif terhadap 37 entiti ekonomi di Asia, China tetap di tempat teratas dari segi daya saing kedinamikan ekonomi.

Menurut laporan itu lagi, ASEAN menjadi entiti ekonomi ke-6 terbesar di dunia ekoran peningkatan pelaburan luar dan eksport. Sementara itu, prestasi Asia Timur kecuali Republik Rakyat Demokratik Korea, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Barat, kebanyakan negara Oceania, serta Rusia juga kian mantap.

Asia perlu mempertahankan ekonomi yang terbuka dan mengelakkan amalan perlindungan perdagangan kerana ia akan menghalang pembangunan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China