Cari:
Sidang Tahunan BFA Dirasmikan
2018-04-10 10:22:11 CRI Cetak

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018 dirasmikan di Boao, provinsi Hainan hari ini.

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian. Beliau menjelaskan usaha China mempertingkat keterbukaan dan pembaharuan, bertepatan dengan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di negara ini.

Ucapan Xi turut menyentuh pendirian China dalam mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia dan sesama insan, serta mencipta masa depan yang gemilang bagi benua Asia dan dunia.

Sidang tahunan BFA yang bertema "Asia yang terbuka dan inovatif, dunia yang makmur" ini disertai lebih 2,000 tetamu kehormat, termasuk Presiden Austria, Vander Belen; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsukh; Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte; Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dan Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China