Cari:
Xi Jinping Umum Tindakan Perluas Pintu Terbuka
2018-04-10 14:00:12 CRI Cetak

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018 dirasmikan di Boao, provinsi Hainan pagi tadi.

Dalam ucaptama pada majlis perasmian, Presiden China, Xi Jinping telah mengumumkan empat tindakan untuk memperluas keterbukaan, iaitu melonggarkan akses pasaran, mencipta suasana pelaburan yang lebih menarik, memperhebat perlindungan harta intelek, dan meningkatkan pengimportan.

Beliau percaya China pasti akan membuka lembaran baharu dalam keterbukaan.

Bertepatan dengan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, Xi Jinping menyifatkan dasar itu sebagai proses yang membawa kesan mendalam kepada pembangunan dan kemajuan China bahkan sejagat.

Tambah beliau, China akan mempercepat keterbukaan sektor insurans, melonggarkan sekatan terhadap institusi kewangan modal asing; meminda senarai negatif pelaburan asing; menyusun semula Jabatan Harta Intelek Negara untuk melindungi hak syarikat modal asing; dan mengurangkan tarif terhadap sejumlah produk import, termasuk automobil.

Xi menegaskan, inisiatif "Jalur dan Jalan" (B&R) dikemukakan oleh China, namun peluang dan hasilnya dimiliki dunia. Asalkan pelbagai pihak menghormati prinsip berbincang, membangun dan berkongsi bersama, B&R pasti akan menjadi wahana kerjasama antarabangsa yang paling meluas, dan membawa manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China