Cari:
Tindakan Salah AS Tumpuan Antarabangsa
2018-04-10 13:42:43 CRI Cetak

Tindakan Amerika Syarikat (AS) berhubung pergeseran perdagangan dengan China bukan sahaja menjejaskan kepentingan China, malah juga negara-negara lain. Tindakan yang salah itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika mengulas kesediaan beberapa ketua negara dan pertubuhan antarabangsa untuk mempertahankan sistem perdagangan bebas global.

Dalam pertemuan dengan pemimpin China sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) dan lawatan ke negara ini, pemimpin dari Austria, Belanda, Singapura, Filipina dan Pakistan, serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menekankan pentingnya sistem perdagangan yang bebas, di samping menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan.

Geng berkata, hubungan perdagangan China-AS menjadi tumpuan kerana perkara ini bukan sahaja melibatkan China dan AS, bahkan berkait rapat dengan peraturan antarabangsa dan sistem multilateral, serta proses globalisasi ekonomi.

Menurutnya, beberapa pemimpin negara dan pegawai tinggi pertubuhan antarabangsa telah menjelaskan pendirian dan sikap yang menyokong kerjasama antarabangsa dan sistem multilateral.

China komited berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk menentang perlindungan perdagangan, menyokong pemudahan pelaburan dan perdagangan, memelihara sistem multilateral dan mewujudkan ekonomi dunia secara terbuka, serta menggalakkan globalisasi ekonomi yang lebih terbuka, inklusif, menguntungkan, seimbang dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China