Cari:
Defisit AS Dijangka Cecah USD1 T
2018-04-10 15:16:47 CRI Cetak

Jabatan Belanjawan Kongres Amerika Syarikat (AS) dalam laporan yang dikeluarkan semalam menjangkakan kenaikan drastik dalam defisit fiksal tahunan ekoran langkah kerajaan mengurangkan kutipan cukai dan menambah perbelanjaan.

Defisit itu dijangka melebihi USD1 trilion (RM3.86 trilion) menjelang tahun 2020.

Pada hujung tahun lalu, Presiden Donald Trump telah meluluskan pengurangan kutipan cukai sejumlah USD1.5 trilion (RM5.8 trilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Selain itu, perbelanjaan ketenteraan antara yang akan ditambah dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menurut laporan jabatan tersebut, jumlah defisit kerajaan AS bagi tahun fiskal ini akan mencatat USD804 bilion (RM3.1 trilion) setakat 30 September nanti, kira-kira 21% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jabatan itu berpandangan bahawa langkah kerajaan tersebut akan merangsang pertumbuhan ekonomi untuk jangka pendek, namun tiada manfaatnya bagi jangka sederhana dan panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China