Provinsi Hainan China akan menggantikan semua kenderaan pengangkutan jalan yang sedia ada di provinsi kepulauan itu dengan kenderaan tenaga alternatif menjelang tahun 2030.
Gabenor provinsi Hainan, Shen Xiaoming dalam simposium Laluan Maritim Abad ke-21 dan Ekonomi Pulau yang diadakan sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) semalam memaklumkan bahawa pelan itu sedang dalam perancangan.
Kenderaan milik kerajaan akan digantikan terlebih dahulu, diikuti kenderaan awam seperti bas dan teksi, dan akhir sekali kenderaan peribadi.
Langkah tersebut bertujuan membolehkan Hainan melaksanakan pembangunan mesra alam, sehingga menjadi teladan kepada semua entiti ekonomi pulau di dunia.