Cari:
Buka Pintu, Buka Prospek Baharu
2018-04-10 16:04:18 CRI Cetak

Sidang tahunan Forum Asia Boao 2018 membuka tirainya pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping dalam upacara perasmian mengumumkan empat langkah untuk memperluas keterbukaan, iaitu melonggarkan akses pasaran, mencipta suasana pelaburan yang lebih menarik, memperhebat perlindungan harta intelek, dan meningkatkan pengimportan.

Ucapan Xi yang bertepatan dengan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di negara ini, menyimpulkan kejayaan dan pengalaman China dalam pelaksanaan dasar tersebut, yang telah membawa kesan mendalam kepada China malah dunia.

Inisiatif untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, saranan beliau yang dilihat sesuai dengan arus sejarah dan berorientasikan kesejahteraan umat manusia, dialu-alukan semakin ramai rakyat di pelbagai negara sehingga dimaktubkan dalam dokumen penting Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Xi berharap rakyat pelbagai negara terus komited mewujudkan Asia dan dunia yang aman, sentosa, makmur, terbuka dan indah.

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada Oktober tahun lalu mengisytiharkan bahawa sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu. Xi berkata, pada era baharu ini, rakyat China akan terus komited memajukan negara, menginovasi, mendorong pembangunan, memperkasakan keterbukaan serta mempertingkat kerjasama agar memberikan sumbangan yang lebih besar kepada dunia.

Beliau menegaskan bahawa China tidak akan mengancam sebarang negara mahupun mengubah sistem antarabangsa yang sedia ada. China akan terus memainkan peranan selaku pembina kedamaian dunia, penyumbang kepada pembangunan sejagat dan pemelihara order antarabangsa.

Tambah beliau, lebihan perdagangan tidak akan dijadikan sasaran. China akan berusaha meningkatkan pengimportan dan mewujudkan keseimbangan, selain mengurangkan tarif terhadap sejumlah produk import, termasuk automobil.

Presiden Xi telah mengemukakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) pada lima tahun yang lalu. Setakat ini, terdapat lebih 80 negara dan pertubuhan antarabangsa telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan China di bawah rangka inisiatif itu.

Katanya lagi, inisiatif itu dikemukakan oleh China, namun peluang dan hasilnya dimiliki dunia. Asalkan pelbagai pihak menghormati prinsip berbincang, membangun dan berkongsi bersama, B&R pasti akan menjadi wahana kerjasama antarabangsa yang paling meluas, dan membawa manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China