Dua tiga hari kebelakangan ini, media sosial penuh dengan kisah tular mengenai netizen di Wuxi yang menempah makanan dengan hampir percuma menggunakan aplikasi mudah alih.
Perkhidmatan pemesanan makanan dulu didominasi dua syarikat iaitu Elema dan Meituan. Senario berubah apabila syarikat Didi meluaskan urus niaga ke sektor tersebut dengan menyediakan baucar besar untuk menarik pelanggan.
Wuxi dipilih menjadi tapak percubaan Didi kerana kaya dengan budaya makanan.
Menyahut cabaran daripada Didi, Elema dan Meituan turut menyediakan baucar bahkan mengumpulkan lebih banyak tukang hantar ke Wuxi.
Penduduk Wuxi menjadi pemenang terbesar dalam "perang" tersebut, namun ada yang mengadu berat badan mereka bertambah dalam beberapa hari sahaja kerana tidak dapat menahan selera melihat begitu banyak makanan murah.