Ucaptama bertajuk "keterbukaan cipta kemakmuran, inovasi teras masa depan" yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian Forum Asia Boao (BFA) semalam, disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Wall Street Journal dalam laporannya mengulas bahawa janji-janji Presiden Xi untuk melonggarkan akses pasaran dalam sektor kewangan dan pembuatan, mencerminkan komitmen China untuk mempertahankan sistem perdagangan bebas. Khabar ini telah membawa kenaikan indeks saham di seluruh dunia.
Penasihat Kanan Pusat Pengajian Pasifik Malaysia, Oh Ei Sun pula berkata, langkah-langkah yang diumumkan oleh Presiden Xi bagi memperluas keterbukaan dan menggalakkan pengimportan mendapat sahutan positif negara-negara serantau, termasuk Malaysia. China diharap terus mengekalkan dasar perdagangan yang bebas, menentang fahaman perlindungan perdagangan dan memelihara kewibawaan sistem perdagangan mutilateral.