Indeks harga pengguna (IHP) China susut 1.1% pada bulan Mac berbanding bulan sebelumnya, namun meningkat 2.1% berbanding masa yang sama tahun lepas. Indeks harga pengeluar (IHPR) pula turun 0.2% berbanding bulan sebelumnya, bagaimanapun meningkat 3.1% berbanding masa yang sama tahun lepas.
Naib Ketua Ahli Ekonomi Pusat Interaksi Ekonomi Antarabangsa China, Xu Hongcai menyatakan, penurunan IHP ini selaras dengan jangkaan, dan kekal pada tahap yang stabil. Antara faktor-faktor yang menyebabkan penurunan itu termasuk kos pengangkutan menurun ekoran jumlah pelancong yang berkurang selapas sambutan Tahun Baharu Cina, serta harga minyak domestik lebih rendah.
Menyentuh spekulasi harga barangan akan meningkat ekoran pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS), Xu Hongcai mengulas bahawa kemungkinannya amat tipis memandangkan agregat ekonomi China sangat besar dan mampu menyesuaikan diri mengikut keadaan.