Cari:
Penempatan Tentera Tidak Menyasarkan Mana-mana Negara
2018-04-11 16:28:09 CRI Cetak

Penempatan tentera serta pembinaan kemudahan pertahanan di terumbu-terumbu Kepulauan Nansha adalah hak China sebagai negara yang berdaulat, dan tidak menyasarkan mana-mana negara.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang ketika mengulas sama ada tindakan tersebut sebagai membalas operasi Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan semalam.

Menurut jurucakap itu, Kepulauan Nansha merupakan wilayah China. Tindakan China berkenaan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, dan menjaga kelancaran dan keselamatan laluan perkapalan di Laut China Selatan.

Tegasnya lagi, China tetap mengekalkan jalan pembangunan yang damai, serta mengamalkan dasar pertahanan yang bersifat defensif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China