Cari:
Xi Ditemui Christine Lagarde
2018-04-11 11:07:31 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde di Boao semalam.

Xi menyanjung tinggi peranan penting IMF dalam menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia serta memelihara kestabilan kewangan global. Beliau turut mengiktiraf pembaharuan kuota dan tadbir urus IMF, serta menghargai sokongannya terhadap pembangunan China dan Asia, khsusnya inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Xi telah memaklumkan keadaan operasi ekonomi dan pembaharuan struktur di China kepada Lagarde. Beliau menyatakan bahawa China selaku sebuah negara besar yang bertanggungjawab dan pembina sistem antarabangsa semasa ini, akan terus memelihara order dan peraturan antarabangsa, di samping menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan.

Lagarde mengucapkan tahniah kepada Xi yang sekali lagi terpilih sebagai Presiden China. Beliau memberikan penilaian positif terhadap ucaptama Presiden Xi dalam majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA).

Beliaui menegaskan, IMF akan terus memelihara perdagangan bebas dan sistem multilateral, dan komited merapatkan kerjasama dengan China, dan aktif terlibat dalam inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China