Cari:
Syria Undang Kumpulan Penyiasat OPCW
2018-04-11 13:40:34 CRI Cetak

Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya telah mengundang Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) menghantar kumpulan penyiasat ke Ghouta Timur, Damsyik untuk menyiasat dakwaan serangan senjata kimia pada 7 April lalu.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut sebagai membalas fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah negara Barat terhadap kerajaan Syria.

Maklum OPCW pada hari yang sama, pihaknya sedang menjalankan siasatan di Ghouta Timur dan mengumpulkan maklumat melalui semua saluran. Hasil siasatan akan dikemukakan kepada negara anggota Konvensyen Larangan Senjata Kimia (CWC).

Ghouta Timur merupakan kubu terakhir pemberontak antikerajaan di sekitar Damsyik. Sebelum ini, mereka kerap kali mendakwa tentera kerajaan menggunakan senjata kimia di kawasan tersebut, namun tuduhan ini dinafikan pihak kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China