Cari:
Xi Jinping Temu Anggota Lama dan Baharu Majlis BFA
2018-04-11 14:51:04 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui anggota lama dan baharu majlis Forum Asia Boao (BFA) pagi tadi.

Xi dalam pertemuan itu berkata, BFA yang ditubuhkan selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1997 memainkan peranan penting bagi menggalakkan kerjasama dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib Asia.

Pengalaman China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun dapat menjadi inspirasi. Pembangunan China berkaitan dengan dunia, manakala pembangunan dunia memerlukan China.

Tegasnya, China selaku tuan rumah BFA akan mencipta ruang lebih besar untuk pembangunan dan terus menyumbang kepada kemakmuran bersama seluruh dunia.

BFA perlu menyatukan konsensus dan suara Asia, mengetengahkan gagasan pembangunan Asia dalam wahana antarabangsa, di samping meningkatkan pengaruh Asia di pentas global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China