Cari:
Pembaharuan, Pintu Terbuka China, Manfaat bagi Dunia
2018-04-11 12:48:37 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengumumkan langkah-langkah untuk terus meningkatkan keterbukaan negara ini ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) semalam.

Ucapan bertajuk "keterbukaan cipta kemakmuran, inovasi teras masa depan" itu disanjung tinggi oleh pemimpin asing yang turut hadir.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan transformasi China dalam tempoh 40 tahun pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Forum Boao tahun ini bukan sahaja memperlihatkan momentum dan optimisme Asia yang semakin ketara, malah kesungguhan untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, prestasi ekonomi Asia lebih baik daripada rantau lain, satu kejayaan yang dibawa oleh pintu terbuka. Untuk mengekalkan momentum baik ini, pelbagai negara perlu mempertahankan keterbukaan dan mengukuhkan kesalinghubungan.

Kata beliau, pemimpin China telah menyatakan komitmen untuk menyokong multilateralisme dan pintu terbuka, di samping membuat banyak sumbangan penting kepada kemakmuran serantau seperti saranan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) serta inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pula berkata, membina Asia dan dunia yang lebih makmur merupakan kepentingan dan tanggungjawab bersama. Semua negara terlibat perlu meningkatkan kerjasama untuk mencapai impian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China