Cari:
Eksport, Permintaan Domestik, Enjin Pertumbuhan
2018-04-12 13:55:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ekonomi kebanyakan entiti membangun di rantau Asia meningkat dengan pesat berikutan permintaan eksport dan domestik yang semakin bertambah pada masa ini. Namun, pada masa yang sama, situasi perdagangan yang meruncing turut mengundang risiko berkenaan.

Demikian kandungan laporan Prospek Pembangunan Asia 2018 yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) pada 11 April lalu.

Laporan itu menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik mencatat sekitar 6% pada tahun ini dan 5.9% pada 2019, lebih rendah berbanding dengan peningkatan 6.1% tahun lalu.

Berdasarkan laporan itu, Asia Selatan tetap salah satu rantau yang pertumbuhan ekonominya paling pesat di dunia, manakala ekonomi Asia Tenggara akan terus mendapat manfaat daripada pertumbuhan perdagangan sejagat dan peningkatan harga komoditi pukal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China