Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata, ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 15 hingga 17 April. Beliau akan bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono mempengerusikan Dialog Peringkat Tinggi Ekonomi China-Jepun ke-4.