Cari:
China Tidak Berganjak Tingkatkan Keterbukaan
2018-04-12 14:25:00 CRI Cetak

China tidak berganjak meningkatkan tahap keterbukaan, dan ini tidak akan terpengaruh oleh pihak luar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam berkata, China mengumumkan tindakan memperkasakan keterbukaan baru-baru ini tidak berkaitan dengan pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini. China mengambil tindakan tersebut menurut keperluan dan jadual sendiri.

Menurutnya, pintu terbuka merupakan dasar asas negara ini. Pintu China tidak akan ditutup dan akan terbuka makin luas.

Langkah-langkah yang diumumkan oleh China baru-baru ini menunjukkan keazaman untuk mendorong liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan, membina ekonomi dunia yang terbuka, dan mewujudkan situasi menang-menang. Ini juga mencerminkan pendirian China menentang amalam perlindungan perdagangan.

China berharap AS meneliti situasi dan membuat keputusan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China