Statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (CGAC) hari ini menunjukkan jumlah perdagangan luar komoditi China pada suku pertama tahun ini meningkat 9.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jurucakap CGAC, Huang Songping berkata, ekonomi China kekal stabil pada suku pertama tahun ini, yang turut merangsang permintaan import terutamanya pengimportan minyak mentah, gas asli, tembaga dan barangan pengguna menunjukkan momentum pertumbuhan baik.
Dalam tempoh tersebut, import dan eksport lebih seimbang dengan kadar peningkatan pengimportan melebihi pengeksportan sebanyak 4.3%, sementara lebihan perdagangan berkurang 21.8%.
Beliau menambah, perdagangan dengan tiga rakan dagang terbesar mengekalkan pertumbuhan, begitu juga dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).