Jurucakap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Keith Rockwell menyanjung tinggi ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Asia Boao baru-baru ini.
Kata Rockwell, ucaptama Xi yang menghuraikan langkah-langkah China untuk terus meningkatkan keterbukaan adalah amat menggalakkan.
Peranan China dalam WTO amat penting, dan dasar yang diamalkan negara ini dapat membaiki situasi semasa serta membantu penyelesaian perselisihan sesama anggota WTO.
Sidang tahunan Forum Asia Boao diadakan di Boao, provinsi Hainan China pada 8 hingga 11 April lalu, dengan penyertaan lebih 2,000 wakil dari 63 negara dan wilayah.