Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menyatakan di Hong Kong baru-baru ini, tindakan mengehadkan pengimportan akan menjejaskan kepentingan semua. Amalan perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk mesti dijauhi.
Ketika menyampaikan ucapan di Institut Global Asia Universiti Hong Kong, Lagarde berkata, IMF optimistik terhadap prospek ekonomi dunia.
Menurut unjuran IMF sebelum ini, kadar pertumbuhan ekonomi global dijangka mencatat 3.9% pada tahun 2018 dan 2019, namun momentumnya akan lebih perlahan berikutan langkah stimulus fiskal oleh bank pusat sesetengah negara yang membawa kepada kenaikan kadar faedah dan situasi kewangan lebih ketat.
Beliau mengemukakan saranan untuk menangani situasi itu, termasuk menentang amalan perlindungan perdagangan.
Beliau berpendapat, dasar mengehadkan pengimportan bukan sahaja akan mengakibatkan peningkatan harga barangan dan kurangnya pilihan, tetapi juga akan menghalang peranan perdagangan untuk menggalakkan produktiviti dan penyebaran teknologi baharu.
Selain itu, industri yang dilindungi mungkin terjejas kerana kurang berdaya saing.