Cari:
Forum Pelaburan dan Perdagangan B&R di Beijing
2018-04-13 13:37:24 CRI Cetak

Forum pelaburan dan perdagangan Jalur dan Laluan" (B&R) diadakan di Beijing semalam, bertepatan dengan ulang tahun ke-5 penyaranan inisiatif tersebut.

Para hadirin komited untuk terus mengintensifkan kerjasama di bawah rangka B&R dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), dan juga Pengerusi Gabungan Industri dan Perniagaan Seluruh China, Gao Yunlong telah menyampaikan ucapan pada forum tersebut. Beliau melahirkan harapan agar sektor industri dan perniagaan memanfaatkan kelebihan masing-masing dan aktif mengambil bahagian dalam pembinaan B&R.

Forum perdagangan dan pelaburan B&R ini dianjurkan bersama oleh Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Dewan Perniagaan Antarabangsa China, dan Persekutuan Dewan Perniagaan Dunia. Kira-kira 700 tetamu dari lebih 70 buah negara menyertai forum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China