Cari:
Presiden Xi Periksa Angkatan Laut PLA
2018-04-13 14:19:27 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah memeriksa pasukan angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang ditempatkan di Laut China Selatan pada pagi semalam.

Xi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menekankan mustahaknya tugas membangunkan angkatan laut yang kuat, bagi memastikan impian untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa dan negara dapat direalisasikan.

Pembangunan kekuatan dan modenisasi perlu diwujudkan agar tentera China dapat bergelar pasukan bertaraf dunia.

Beliau dalam ucapan selepas pemeriksaan itu mahu tentera laut komited meningkatkan daya pertempuran, rajin berlatih, mengikut arahan negara dan rakyat, membela kepentingan negara serta berusaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa.

Formasi laut yang diperiksa terdiri daripada kapal induk Liaoning, sejumlah kapal selam, kapal perang dan jet pejuang model baharu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China