Menurut laporan polisi kadar pertukaran setengah tahun yang diumumkan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam, China tidak memanipulasi kadar pertukaran untuk memperoleh keuntungan perdagangan yang tidak adil. Ini merupakan kali ketiga jabatan itu membuat keputusan seumpama itu.
Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan "Laporan Ekonomi Antarabangsa dan Polisi Kadar Pertukaran" yang menyasarkan rakan-rakan dagang utama AS semalam. Menurut laporan itu, semua rakan dagang utama negara itu tidak memanipulasi kadar pertukaran, namun tetap menyenaraikan enam negara itu China, Jepun, Jerman, Korea Selatan, Switzerland dan India dalam senarai pengawasan.