Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Xishuangbanna Ke-21 yang berlangsung selama tujuh hari membuka tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Jinghong semalam.
Ekspo kali ini menyediakan 367 buah gerai pameran. Syarikat dari 23 negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat, Eropah, Afrika dan Australia mempamerkan lebih 5,000 jenis produk dalam ekspo kali ini.
Ekspo kali ini dibahagikan kepada ruang pameran domestik dan antarabangsa. Ruang antarabangsa mempamerkan barangan kemas, kraf tangan, produk kayu, kosmetik, barang kegunaan harian, pakaian tradisional etnik minoriti dan makanan. Ruang domestik mempamerkan barang-barang yang istimewa dari provinsi Yunnan, barang kegunaan harian, hasil pertanian serta keadaan e-niaga di desa.