Persidangan E-dagang Dunia 2018 menutup tirainya di bandar Yiwu, provinsi Zhejiang China pada 13 April lalu.
Ketua Suruhanjaya E-dagang Persatuan Perdagangan Perkhidmatan China, Su Jun menyatakan dalam majlis perasmian persidangan itu bahawa China dan Amerika Syarikat (AS), dua peneraju industri internet di dunia pada masa ini. Manakala perkembangan e-dagang di China kian matang dari aspek skop dan perkhidmatan dan menjadi teladan bagi seluruh dunia.
Persidangan kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Persekutuan Industri E-dagang China, Suruhanjaya E-dagang Persatuan Perdagangan Perkhidmatan China dan kerajaan bandar Yiwu. Persidangan yang bertemakan "Inovasi Global Mengubah Masa Depan" tersebut meliputi bidang kecerdasan buatan (AI), jualan runcit baharu, perdagangan pintar, e-dagang rentas sempadan, e-dagang pertanian, data besar dan lain-lain.