Cari:
Isu Syria Patut Diselesaikan Dalam Rangka Undang-undang Antarabangsa
2018-04-15 15:50:33 CRI Cetak

Isu Syria patut diselesaikan melalui dialog dan rundingan dalam rangka undang-undang antarabangsa.

Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ma Zhaoxu ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB semalam.

Ma menegaskan, China berpendapat perlu melakukan siasatan yang menyeluruh, adil dan objektif terhadap "serangan senjata kimia" di Syria, untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai. Pelbagai pihak harus mengelakkan membuat jangkaan sebelum keputusan itu diperoleh.

Beliau menyatakan, saluran politik merupakan satu-satunya penyelesaian isu Syria. Pelbagai pihak berkenaan perlu terus menyokong PBB memainkan peranan pengantara untuk bersama-sama mendorong isu Syria diselesaikan melalui saluran politik.

China bersedia terus memainkan peranan membina untuk penyelesaikan isu Syria melalui saluran politik.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan pengundian terhadap draf resolusi yang disusun oleh Rusia yang bertujuan untuk mengecam serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain terhadap Syria. Namun draf itu gagal diluluskan dengan 3 undi menyokong, 8 undi menentang dan 4 undi berkecuali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China